ELITE INTERPRETERS ASIA – KISAH KAMI

PERKHIDMATAN PENTERJEMAHAN CINA, Elite Asia kini telah meluaskan perkhidmatan bahasa kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi. Sejak itu, matlamat kami adalah untuk terus mengasah kelebihan kami, mencabar diri untuk meningkatkan perkhidmatan dan sentiasa bersikap rendah hati dalam usaha kami untuk terus belajar daripada mereka yang sudi membimbing. Hari ini, Elite Asiatelah mengembangkan sayapnya menjadi sebuah syarikat yang merangkumi Elite Translations Asia, Elite Interpreters Asia dan Elite Linguistic Network.

Di ELITE INTERPRETERS ASIA, ciri-ciri asas tersebut tertanam dalam pasukan Pengurus Akaun dan jurubahasa kami yang berdedikasi, sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari industri yang berlainan. Pasukan kami berusaha keras untuk menyampaikan mesej anda kepada penutur bahasa-bahasa lain. Kami akan menyelidik dan bertanya soalan-soalan yang perlu untuk membantu menentukan makumat yang perlu diterjemahkan. Kami akan menugaskan kerja anda kepada jurubahasa yang fasih dalam kedua-dua bahasa asal dan bahasa sasaran.

Faktor-faktor budaya diberikan pertimbangan penting dalam memastikan penterjemahan kami adalah mantap dan konsisten dengan makna teks asal, tanpa kejanggalan bahasa seperti robot yang ketara dalam penterjemahan menggunakan komputer. Matlamat utama kami adalah untuk membina komunikasi yang lebih baik antara penutur-penutur berlainan bahasa dengan memastikan keseluruhan penyampaian mesej mengekalkan makna yang sama.